Latest Post

SYAFIQ MAULA

Wednesday, January 13, 2016

One last time, pengalaman belajar alam ijazah sarjana muda

Salam, selamat pagi..

Tepat jam 2.10 pagi aku mengarang blog disini. Selalunya pukul 2 pagi aku dah ambil bantal dan tido dekat tempat kerja aku nih. Tapi nampaknya, malam ini seperti lain sedikit. Tergerak hati nak
mengarang cerita. Mungkin sedikit throwback zaman belajar kini.



Sebenarnya, sudah beberapa hari sahabat perjuangan tinggalkan aku disini. Yang tinggal cuma si Rafie (roomate aku) dengan Zukiman (yang akan balik sekali dengan Rafie nanti ke Pantai Timur). Banyak pahit manis sepanjang belajar disini, UniKL MIMET, Lumut, Perak. Dari seorang yang biasa, ke seorang Presiden yang gila kuasa. Dahsyat kan? hahaha Gurau jea lah. Orang jea bagi pangkat tu. Orang bagi, kita amik. Rezeki kan..

Btw, dari sem 1, seorang yg pendiam, sangat pendiam rasanya. Sebab 1st thing to do apabila anda memasuki dunia universiti is "Bijak Memilih Kawan". So, aku belajar benda nih dari zaman aku belajar dkt poli lagik. Dulu aku ada banyak kawan yang baik, tp terserong sedikit dari laluan seorang pelajar. Jadi, ramai kawan2 aku yg tidak menghabiskan zaman belajar kerana "Mengikut Kawan".

So, aku belajar dari mereka. Alhamdulillah, aku mendapat roomate yang baek. Orang kaya gitu.. Tapi humble taw! Mak aku pown cakap dia nih seorang yang humble. So, satu semester duk dengan dia nih, okay jea. Lagi pown aku nih semester 1 x dapat lagik pinjaman Mara, so aku banyak menghabiskan aktiviti didalam bilik dari melepak dengan kawan2 aku yg satu semester yang sama. Almaklumlah setiap sen itu penting oo..

Sem 2, 3 dan seterusnya ada ketika aku duduk didalam asrama, ada pula di luar. Banyak jugak dugaan duduk di luar asrama sebenarnya. Tetapi nak tahu x? Saya dapat housemate yang okay, so beban individu maybe dikongsi bersama. Pergi kelas/balik kelas sekali, makan sekali. What else is beautiful than enjoying students life with your friends? Bersyukur sangat.

Sem / tahun akhir kami berpindah ke rumah yang paling dekat dengan universiti. Jalan kaki jea nak ke universiti. 10 minit pown x sampai. Ringan beban sikit dari duduk di Bukit Permata (20 minit nk ke universiti). Tapi keadaanya, masalah lewat ke kelas lagi tinggi. LOL

So, hari ini 13/1/2016. Sudah beberapa hari kami dah habis paper exam. Tunggu beberapa jam lagi Rafie & Zukiman bertolak ke Jeli dan aku pula masih tinggal disini, tapi aku akan menginap di bilik yg disediakan oleh bos aku, di hotel tempat aku kerja ini.

Sebak jugak nanti terpisah dengan my best buddy selepas menempuhi alam belajar yang hampir 3 tahun.Selepas ini ke tempat INTRA untuk beberapa bulan, tapi mungkin selepas itu, masing2 berubah, menuju ke alam dewasa dan pekerjaan. (poyo jea ayat.. kikiki)

Walau apa yang berlaku, semua pengalaman yang berlaku ini, adalah terlalu indah bagi aku. Zaman belajar menarik kan? Melawat pelbagai tempat, Melaka; rumah Akmal; A-Famosa, Ais Krim pasu  tepi pantai, Negeri Sembilan; perkahwinan Uya (Best buddy jugak) , KL (Unikl BMI), KLCC, lol, Kelantan; Jeli, Dabong , Kota Bharu, Kuala Krai , Genting Highland, Cameron Highland,  Gunung Jerai, Baling, Penang, Alor Setar (Mdm Ismila Kahwin), Kellis Castle, Ipoh, Taiping, Kuala Sepetang, omg, banyak nyer.. Setiap tempat ada kisah tersendiri. Inshaallah, x lupa kenangan di semua tempat nih. Btw, siapa x seronok berjalan kan?

Tapi perasan sesuatu x? Ketika kita berjalan jauh2, bersembahyang jamak dan qasar, di tempat orang, feeling dia agak lain sedikit x seperti ditempat sendiri. Pada mulanya agak pelik jugak, sebab solat seperti ada perasaan sweet2 gitu.. (atau aku yg pelik..lol) Rupa-rupanya, doa orang yang bermusafir ini, antara doa yang tiada hijab taw! So, tanamkan lah diri untuk bermusafir ke negeri/negara orang lain, sambil menikmati keindahan ciptaan Allah, kita belajar tentang budaya asing. Pengalaman itu indah kan?

Beberapa hari lagi, aku akan bermulanya sesi INTRA. 1 Februari di Kota Damansara, Selangor. Walaupun pada mulanya banyak benda yang aku harus tempuh, dan hati aku agak sedih akan ujian yg diberi (lain masa kita citer ttg benda nih k.) tapi aku tahu, Allah x kan berikan ujian kepada hambanya jika hambaNya x mampu tempuhi. Aku doakan kawan-kawan aku berjaya menempuhi INTRA dan memperolehi pekerjaan yang diidamkan. Apa yang aku harapkan pada diri aku sendiri, buat yang terbaik, berusaha untuk menerokai dunia ciptaan tuhan ini sebelum nyawa yang dipinjamkan ini ditarik kembali oleh Nya. Inshaallah, aku akan berusaha sehabis mungkin, dan apa yang diberi oleh Nya adalah yang terbaik. Salam ukhwah dan terima kasih sebab sudi membaca (^.^)

No comments:

Post a Comment