Latest Post

SYAFIQ MAULA

Wednesday, October 07, 2015

Berbicara sendiri..

Dah lama tidak mengupdate blog kan? Rindu pula rasanya. Bukan rindu menulis blog, tetapi rindu untuk menginsafi diri. Kan bagus sekiranya blog ini dapat membaca apa yang terbuku di hati, dan segalanya terluah disini.

Ini aku, Syafiq Maula, seorang yang susah mendengar nasihat orang lain, sebab degil barangkali. Aku suka belajar dari pengalaman, tetapi pengalaman ini sememangnya menyakitkan. Walaupun lelaki, gagah mengangkat besi, tidak semestinya hati ini kuat seiring dengan muscle2 yg aku bina (walaupun muscle kecik jea kan.. hihi).

Aku bekerja mencari duit dari 7.00 malam sehingga 7.00 pagi. Pada siangnya aku pelajar disebuah universiti semester akhir yang menghabiskan ijazahnya. Aku dari keluarga yang biasa-biasa, tetapi akhir2 ini, keluarga aku seperti kurang berkemampuan menanggung aku. Almaklumlah, ayah aku bekerja seperti buruh dikilang. Bergaji RM200 sahaja setiap minggu. Bagaimana pula dengan jumlah itu, hendak menyara aku yang "high cost" di universiti, adik aku pula di Kolej Vokasional, dan seorang lagi di sekolah rendah. Ibuku pula mengasuh budak2 untuk menambah lagi pendapatan keluarga. Namun, berapa sangat gaji mengasuh budak2.

Aku tahu emak aku penat menjaga budak2 tu, tapi apabila aku balik rumah, disuruhnya aku upload di dalam internet 'katanya', nak menambah lagi bilangan anak2 untuk diasuh. Hurm, aku x buat pown, sebab aku kesihan, sebab sekrang yang 2 orang tu pown aku nampak penat, apatah lagi org yang menjaga. So, aku cuma tersenyum.

Kadang-kadang aku menyalahkan keluarga aku, mengapa "you guys x kaya" mcm family yang lain. Tetapi aku sendiri tahu jawapannya. Soalan yang aku lontarkan itu umpama meludah ke langit, jatuh kembali ke muka sendiri.

So, this semester alhamdulillah subjek aku berkurangan dan aku bertekad untuk membuat part-time disebelah malam. Aku beritahu kpd ibu aku, dia x membantah, malah mengiakan sahaja keputusan aku. Aku rasa ibu aku pown rasa keputusan aku agak terbaik sebab duit part time aku nih, boleh lah sedikit mengurangkan beban keluarga. Tak lah aku mintak duit hujung2 bulan dekat family time duit habis.

Tapi kadang2 sedih, ada yang salah faham mengenai kerja aku. Yerp, aku memang buat part-time dihotel, tetapi adakah itu tidak halal? Seolah-olah berdosa pulak aku kerja disini. Ada pulak yang membuat mazhab sendiri. Aku pelik dengan orang yang dikatanya mahir beragama, tetapi perkara simple macam ni pown memandai keluarkan mazhab/hukum hakam sendiri. Aku kerja disini, mengikut masa, memberikan kunci, ambil pembayaran dari customer dan cukup masa aku balik. Aku x nampak pulak bila masa aku terlibat dengan arak, malah bersentuhan kulit lelaki dan perempuan pown dijaga sepanjang aku bekerja disini. Aku x tahu apa yang salah disini, kerana manusia ni, x pernah puas mencari masalah/kesalahan orang lain. Tetapi aku ketepikan sahaja percakapan sebegitu, sebab dari cara pemikiran awak yang macam ni, nampak sangat "dibawah tempurung".

So, Alhamdulillah, aku mudah bekerja disini. Boss pula baik. Malah, aku x pernah pula ponteng kelas kerana penat bekerja. Kerana aku tahu, mungkin agak sukar untuk aku menyambung pelajaran selepas ini, kerana masalah kewangan,  so, ini kali terakhir untuk aku belajar sebelum menjejak kealam pekerjaan. Walaupun hati ini masih tidak bersedia, tetapi keadaan aku skrang, keadaan keluarga aku sekarang, mereka perlukan aku. Kadang-kadang aku mengeluh sebab penat dengan kehidupan sebegini. Tetapi aku percaya, tiada hasil tanpa usaha. Salam.

*Terima kasih kepada yang membaca, now you know, this is the real me. Nothing to hide, nothing to be shameful.


2 comments: