Latest Post

SYAFIQ MAULA

Saturday, June 21, 2014

7-Eleven Jual Arak, Saya Yang Menjualnya..

Sudah hampir nak cukup seminggu aku mencari kerja.. Still x jumpa2.. Sedih giler kowt dalam hati.. Hanya tuhan saja yang tahu. Queens Bay aku dah mintak, Central Square aku dah pergi, Sunway Carnival Mall, even Aeon baru Bukit Mertajam tue pown aku dah pergi, siap interview lagik.. Still x dapat2.. Jangan tanya duit aku dah berapa habis untuk mintak kerja sahaja.. huhu

Keesokan harinya, aku berhajat untuk gunting rambut aku (sebelum tgk wayang dengan Ferdaus Aziz.. hehe) then terus tangkap gambar passport aku. Sentiasa pandang ke hadapan dengan penuh harapan untuk mendapat kerja semoga Allah memilihkan pekerjaan yang terbaek bagi ku.

Keesokannya, aku pergi meminta kerja di beberapa buah 7Eleven, still x dapat. Walaupun 7E itu agak buruk dan kurang pekerja, still x dapat. Aku nekad untuk amik ja apa2 kerja yang aku dapat.. Cleaner pown cleaner lah..

Hari ke-3, aku ternampak sebuah 7E yang baru, penuh elegan.. Siap tempat lepak2 untuk makan, (yg kagum, siap jual Kinohimitsu Collagen lagik dalam chiller.. hehe ) dan aku dengan hati yang berat terus tanya dengan penuh spontan.

“Okay lah adik, esok masuk kerja pukul 3.00 petang”. Aku tersenyum lebar. Penantian selama ini tidak sia-sia. Esok aku masuk kerja pukul 3.00 petang. Aku gembira dapat akak2 yang sporting, tetapi aku tersentak. Aku terpaksa menjual arak.. Aku menjual arak.. Berdosa kamu tahu?? Malam kerja hari pertama, aku menangis, sehingga ke Subuh tidak boleh tidur. Berdoa agar aku menemukan pekerjaan yang baru. Semoga Allah membuka pintu rezeki yang lain kepada aku. Aku bernekad untuk berhenti. Aku pun tertidur.

Keesokan harinya, aku membuka kaunter sendiri. Aku tidak mencari pekerjaan baru. Detik dihatiku seperti ada sesuatu disini. Aku masih menjual arak. Masih menanggung dosa. Aku terfikir, mengapa aku masih disini, mengapa Allah meletakkan aku disini ? Adakah Allah meletakkan aku disini untuk aku belajar cara untuk berhenti kerja dan mencari kerja lain? Aku dah banyak pengalaman berhenti kerja. Dan aku tak perlukan pengalaman itu. Aku bertanya? Mengapa Allah, megapa kau letakkan aku disitu?

Islam mengajar kita untuk berfikir. Aku membuka youtube, semua ustaz didalam itu mengatakan wajib berhenti kerja jika kerja itu melibatkan arak.. Aku menangis.. Tetapi, ini aku, Syafiq Maula. Sifat melawan aku adalah tinggi. Aku suka melawan. Aku yakin, Allah meletakkan aku disitu atas sebab. Apa sebabnya? 

Aku juga mencari. Hari ini hari ke-3 aku bekerja. Otak aku berfikir selama 3 hari termasuk hari ini, hari ke-3 aku menemui jawapan (rasanya Allah menghantar petunjuk kepada aku hari ini; sebab itu aku dah dapat jawapan, hehe *sebab lambat sangat aku berfikir.. huhu)  Yes!! I got it..


Rasanya sudah tahu kehendakNya. Hentikan penjualan arak!! Hari ini aku tahu cara bagaimana untuk hentikan penjualan arak di kedai 7-Eleven. Caranya mesti betul, buat surat yang rasmi, dapatkan sokongan daripada kenamaan, penghulu, JKK yang berdekatan, dan hantar surat tersebut kepada HQ 7-Eleven. Dapatkan feedback, jika tiada feedback, buat petisyen, dapatkan signature dari orang awam.. Semua ini perlukan sedikit usaha. Its okay, aku selalu dan dah biasa buat surat untuk VIP2 nieyh..

Dari sini, aku nampak bagaimana peranan aku ini diperlukan sangat disini. Aku memang seorang yang memberontak. Akan menegakkan segala benda yang aku rasa itu benar dan betul. Aku akan berusaha sebelum aku berhenti untuk aku sambung belajar kembali untuk hentikan penjualan arak disini. Walaupun aku mungkin tidak berkausa untuk menghentikan penjualan di seluruh 7-Eleven di seluruh Malaysia, tetapi untuk stor ini, aku nak penjualan arak itu dihentikan! Biarlah aku menanggung dosa sementara waktu ini sambil aku memperjuangkan untuk hentikan penjualan arak di stor ini.

Cuba bayangkan jikalau aku berhenti dahulu dari tempat ini, bagai melepas batuk di tangga, semakin ramai adik2 yang dibawah itu akan menggantikan tempat aku bekerja, terus-menerus mereka menyambung dosa menjual arak. Dan ini menjadikan 7-Eleven disitu terus menerus menjual arak, dan terus menanggung dosa.
Aku berharap kehadiran aku disini dapat menghentikan penjualan arak disini dan aku akan terus berusaha hari demi hari. 

Islam itu sungguh indah. Walaupun aku tidak mampu menjadi seperti anak muda diluar sana, berperang mati-matian menggalas senjata menegakkan Islam, tetapi sekiranya kami dapat menghentikan penjualan arak disini, aku rasa aku mampu tersenyum ketika aku mati kelak.

Saya bukanlah Islam yang baik & sempurna. Tetapi saya cuba menjadi seorang Islam yang bertanggungjawab kepada agamanya.

(images: source from Google) 


5 comments:

  1. You go syafiq!!! I wish u all the best. May Allah bless.

    ReplyDelete
  2. Sama bro. Aq msok keje bru benti tadi.
    Tahniah. Troskn usaha! Smoga Allah ampunkan kita.

    ReplyDelete
  3. so is your plan succeed or not? saya baru nak start kerja di 7E harini. i really hv no idea what to do.

    ReplyDelete
  4. Pengen yang lebih seru ...
    Ayo kunjungi www.asianbet77.com
    Buktikan sendiri ..

    Real Play = Real Money

    - Bonus Promo Red Card pertandingan manapun .
    - Bonus Mixparlay .
    - Bonus Tangkasnet setiap hari .
    - New Produk Sabung Ayam ( minimal bet sangat ringan ) .
    - Referal 5 + 1 % ( seumur hidup ) .
    - Cash Back up to 10 % .
    - Bonus Royalty Rewards setiap bulan .

    Untuk Informasi lebih jelasnya silahkan hubungi CS kami :
    - YM : op1_asianbet77@yahoo.com
    - EMAIL : melasian77cs@gmail.com
    - WHATSAPP : +63 905 213 7234
    - WECHAT : asianbet_77
    - SMS CENTER : +63 905 209 8162
    - PIN BB : 2B4BB06A / 28339A41

    Salam Admin ,
    asianbet77.com

    Download Disini

    ReplyDelete