Latest Post

SYAFIQ MAULA

Monday, June 03, 2013

Konsep Sedekah?? Pandangan Anda??

Ada suatu hari, ketika saya pulang dari Lumut menaiki bas TRANSNASIONAL yang berhenti di Butterworth (PROMOTE BAS KEJAP.. HIKHIK), saya terpaksa tunggu dekat situ agak lama lah sebab nak tunggu bas dari BUTTERWORTH ke SUNGAI PETANI. So, punyalah lama menunggu, aku pun berulang alik di stesen bas itu, kehulu-hilir berjalan sebab keboringan, until aku jumpa satu tempat untuk duduk. So, aku duduk lah situ.



Tiba-tiba ada seorang pakcik nak duduk sebaris ngan aku, so aku angkat lah beg aku yg berat gedabak itu ke bawah, untuk bagi pakcik itu duduk. So, aku pun ter-ramah pulak dengan pakcik tue dengan bertanya dari mana. Dan pakcik itu pun bermulah ceritanya. Katanya, pakcik itu melawat isterinya yang melakukan pembedahan jantung di Hospital Penang. Sebelum ini masuk Hospital Sg Petani, tetapi dipindahkan disini. Pakcik ni on da way balik rumah sebab katanya hendak menjual tanah untuk membayar kos operasi pembedahan isterinya. Aku melihat memang sudah tua pown pakcik nieyh. Agak kesian giler lah dekat pakcik nieyh. Kemudian pakcik nieyh duk tanya aku, belajar dekat mana, segala bagai.. so aku layan jew lah persoalan pakcik nieyh.. 



Mula2nya aku x kesah sangat, tiba2 dia tanya tentang loan. Aku balas jew lah.. Then aku semakin x sedap hati dia bertanya tentang duit yang masuk untuk yuran segala bagai. Aku cuma memusingkan cerita tetapi pakcik tu still nak tanya tentang duti loan aku. Pasal apa pakcik nieyh.. Aku dah agak pelik sambil membuat senyuman palsu untuk mengelak dari dikesan..

Kemudian, pakcik itu pulak tunjuk duit dia, adalah dalam beberapa ringgit. Dia cakap nak balik Baling, then dia explain macam2, dengan motif nak cakap yang dia nak balik tapi duit x cukup. So, x apew lah...
Dia cakap yang dia akan bank in balik duit2 itu, so, aku mmg cadang nak sedekah dekat dia. Tapi apabila dia cakap nak bank-in tue, aku pown macam, oh.. boleyh sedekah banyak sikit lah nieyh.. 

Tgh2 berfikir, tiba2 pakcik nieyh bercakap ngan aku, "Kalau boleyh jangan bagi 2, 3 ringgit, buat malu pakcik ja.." Aku tiba2 berasa pelik, yew lah, kita nak tolong seagama ngan kita, tetapi perlukah pakcik cakap mcm tue.. Terus pakcik tue tanya aku, adik cadang nak bagi berapa?








Aku terkelu kejap.. urm.. 100 jew kowt pakcik.. Pakcik tue mcm tiba2 mengeluh.. Aku mcm pelik ngan pakcik nieyh. Dia tanya pakai bank apa. Aku bertambah tambah tambah pelik... Aku pown cakap "urm......... CIMB.." "Oh CIMB, boleyh guna ja ATM dekat situ, sebab ada MEPS", pakcik tue reply.. 



Ahakz.. aku termenung sekejap.. Dalam hati aku nieyh, biaq betui pakcik nieyh.. Aku pown x tahu nak berfikir mcm mana.. So, aku cakap kat pakcik tue.Pakcik tunggu jap, sementara aku angkat bag berjalan menuju ke ATM yang terletak di belakang bus stand. Tapi, aku terus melarikan diri ke kaunter teksi dekat belakang stesen bas.. Nasib baik ada teksi.. Terus naik teksi, ke Sungai Petani. Buat penat aku tunggu bas punya lama.. huhu 

Dalam teksi aku terdiam..Adakah aku yang bersalah? Pendapat anda ???

3 comments:

  1. ade patut nye jugak. org dh nak bagi 100, cukup banyak dah tu. lagi pon kate nak naik bas je kn? hmm, tak taw laa kalo ade udang sebalik batu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tue lah.. mcm ada sesuatu jew.. huhu

      Delete
  2. Salam Syafiq Maula,

    Sedekah ialah suatu pekerjaan yang mulia. Sedekah bermaksud pemberian yang ikhlas dan cuma mengharapkan keredhaan Allah SWT. Kalau pun kita curiga untuk memberi pada seseorang, masih banyak ruang2 untuk kita memberi sumbangan. Allah menilai kita pada apa yang kita lakukan, apa yang kita sumbangkan, bukan pada siapa yang kita sumbangkan dan berapa nilai sumbangan kita. Segala-galanya terletak pada keikhlasan kita, pada hati kita.

    Pada aku, hang tak bersalah. Jika dia menceritakan pelbagai lagi kepayahan dia, dan jika sesen pun hang langsung tak memberi sumbangan pada dia, langsung tidak jatuh pada hukum dosa. Hanya sunat untuk bersedekah. Jika hang bagi, hang dapat pahala, kalau hang tak bagi, cuma x dapat apa-apa. Malah perlu diingat, segala kesusahan, keperitan dan kepayahan hidup semua datangnya dari Allah. Jika Allah memberi sesuatu ujian kepada hambanya, kenapa hambanya tidak saja memohon kepada Allah juga? Bagi aku, keaiban diri sendiri bukan untuk diceritakan pada orang lain.

    Good job pada hati yang terlintas untuk bersedekah. Cuma ingat, sedekah tidak semestinya wajib pada seseorang. Pelbagai cara boleh lagi dilakukan. Dan jgn lupa jumpa di concession ;)

    ReplyDelete