Latest Post

SYAFIQ MAULA

Tuesday, October 30, 2012

Antara kelibat ditengah jalan, yang mungkin anda fikir dua kali untuk melanggar..

Aku selalu berulang alik dari Sungai Petani ke Seberang Jaya kerana bekerja disana dan menetap disini. Namun, selama perjalanan aku berulang alik dari sana ke sini, banyak peristiwa yang berlaku yang kadang-kadang susah nak expect sebab berlaku secara tiba2x..

Antara 5 perkara yang paling pelik yang berlaku ketika aku menunggang motor atau menaiki kereta adalah:

Top 5:

Berlaku pada satu malam ketika aku pulang dari Kulim. Aku menemankan kawan aku Firdaus Ismail yang menaiki motor dari Kulim dengan aku yang menaiki kereta yang membawa dihadapannya. Tujuannya aku yang berada dihadapan boleyh menerangkan keadaan jalan.

Oleh kerana kerap memandang ke belakang kerana takut meninggalkan Firdaus Ismail yang membawa motor, setibanya disatu kawasan, iaitu kawasan hutan sebelum tiba di Bandar Puteri Jaya, Sungai Petani, aku menoleh ke belakang. Dan apa yang aku lihat adalah sebuah lembaga wanita putih dan berambut panjang duduk menjalar di kerusi belakang kereta aku. Aku terus menoleh ke hadapan dan berpeluh bagaikan berlari 10 kali padang.
Aku pun terus beristighfar dan terus memandu ke hadapan.


Top 4:
Berlaku ketika aku hendak pulang ke Sungai Petani. Aku melalu highway Utara Selatan dan kawasan itu adalah kawasan Sebelum ke Tikam Batu. Kawasan berair dan berhutan sedikit tue, mesti anda tahu kan? Kawasan itu larh~ ngee

Pada jam 3.00 pagi aku pulang melalui jalan itu. Aku melalui jalan motorsikal. Apa yang mendebarkan aku sesangat ialah melihat sebuah lembaga yang tinggi menyerupai manusia berjalan menuju kehadapan. Nasib baik aku sempat mengelak kerana aku membawa motosikal agak laju larh ketika itu.

Berbentuk seakan manusia, tetapi berjalannya seperti menggelongsor diatas air.. lembut saja.. faham kan maksudnya?? Teringat sampai sekarang, besar sungguh lembaga itu.

Top 3:

Peristiwa ini berlaku ketika aku hendak pergi ke tempat latihan industri aku. Pukul 6 pagi. Aku membawa motor dikawasan rumah aku, di sebuah simpang yang tiada lampu tapi jalannya berlengkok giler arh. Then ketika aku hendak memotong sebuah lori itu, tiba2 sebuah lembaga kecil bagaikan orang yang kerdil keluar dari lori dan mencangkung di tengah2 jalan~ What the fuck!! Memang terkejut larh aku bawak motor. Memang x sempat nak elak. So langgar jew lah. Naseb baek tak excident, huhu bahaya2x.. Tapi aku pelik dengan lori itu, apew yg dia bawak sebenarnya sampai aku rasakan yang lori itu seperti dilindungi oleh sesuatu. Mungkin berasal dari Siam, mungkin untuk melariskan jualan atau mungkin untuk "menjaga" daripada perkara2 yang tidak diingini. Urm, aku pown pelik..

Top 2:

Top 2 punya story akan disambung pada bahagian ke dua yerk. Takut nanti x leyh memandu pulak korang bilew sorang2 nanti.. haha  Apa lagi, kongsikan pengalaman anda disini jika anda mempunyai pengalaman yang lebih menakutkan ketika memandu seseorang. Ngee

Saya SYAFIQ MAULA meminta jasa baik kalian untuk "klik" link dibawah sebagai tanda menyokong blog ini. Segala kunjungan dan "klik" dibalas dengan ucapan terima kasih. Sayang anda semua reader!!


KLIK DISINI untuk sumbangan anda. Terima Kasih~

3 comments:

  1. top 5 = langsuir
    top 4 = hantu air
    top 3 = toyol

    ReplyDelete
  2. eeee kalau jadi kat saya, comfem tak boleh nak drive dah..menakutkan

    ReplyDelete
  3. hahaha..peminat 2..biase laa org top kn memang mcm 2..ta ya rsau laa.pling kurang pn dy mntk autograf jerk..huhuhu..

    ReplyDelete