Latest Post

SYAFIQ MAULA

Tuesday, September 11, 2012

SIME DARBY - Membangun bersama Malaysia

Aku tertarik melihat iklan SIME DARBY Malaysia yang baru-baru ini. Membawa perubahan di dalam negara sejal 1910 lagi. Banyak bidang yang diteraju oleh SIME DARBY seperti terlibat dalam sektor pertumbuhan utama ekonomi negara iaitu, perladangan, hartanah, permotoran, kelengkapan perindustrian,  tenaga utiliti, penjagaan kesihatan dan perniagaan.

Namun , usaha mereka dalam membangunkan ekonomi negara adalah sesuatu yang bagi saya patut dipuji.
Ketika tanah Melayu dijajah oleh British, ahli perniagaan British William Middleton Sime dan Henry Darby menubuhkan Sime, Darby & Co iaitu dalam sektor perladangan getah. Namun syarikat  ini beralih kepada kelapa sawit, koko dan pelbagai sektor lain.

Syarikat Guthrie(1821) memperkenalkan tanaman getah dan kelapa sawit di Malaysia pada 1896 dan 1924 di Kuala Selangor.Pelbagai yang menarik diperoleh dari sejarah Tanah Melayu demi dalam usaha membangun negara yang kita cintai ini.


Oleh itu, bersama kita mencintai negara yang tercinta ini dengan semangat patriotik dengan semangat untuk bergerak maju ke hadapan yang berbimbinkan ilmu meneraju masa hadapan.

Jom kita lihat iklan SIME DARBY... (tolong play kan yew video di bawah ini)




No comments:

Post a Comment