Latest Post

SYAFIQ MAULA

Saturday, September 22, 2012

Based on true story: KELAHIRAN SEMULA

Cerita ini adalah olahan oleh aku dan tidak mengena dengan yang hidup dan yang mati. Berdasarkan cerita sebenar yang telah diceritakan oleh Anna Chong, 38 in the True Singapore Ghost Stories. 

Cerita ini berdasarkan seorang perempuang yang bekerja sebagai tukang urut di Singapore. So, kerja2 sebegini sememangnya penuh dengan 'dosa' yang kadang2 tidak disengajakan. Kerana setiap orang yang datang untuk diurut itu, x semua yang betul-betul nak diurut kerana lenguh dan sebagainya. Tetapi, masalah gatai dan masalah dengan isteri itu menyebabkan perempuan2 dirumah urut itu menjadi perhatian yang utama. 

Sebagai seorang perempuan, SUAMI ORANG?? Biasa lah tue. Then, ada seorang mamat nieyh, yang bergelar suami sanggup merayu-rayu untuk bersama dengan si wanita urut ini. Pelbagai janji yang ditaburkan, sehingga salah satunya adalah untuk menceraikan isterinya. Jika ada lelaki yang sanggup menceraikan isteri mereka untuk anda, mungkin anda pown susah hendak menolak kan??

Setelah diceraikan isterinya semata-mata untuk bersama si wanita tukang urut ini, rasa bersalah membelenggu si wanita tukang urut ini. 

Pelbagai pendapat yang diminta oleh nya daripada kawan2nya dan semuanya seperti tidak dapat menolong. Tetapi, terkeluar satu cadangan. Iaitu DILAHIRKAN SEMULA. Selalunya istilah ini digunakan oleh Kristian tetapi ini adalah di Thailand yang diamalkan oleh Buddha. Jadi, hati tergerak untuk mencuba.

Ianya dilakukan di Nakhon Nayok iaitu sebuah pekan / bandar yang terletak 120km dari Bangkok. Tempat ini memang dikenali oleh seluruh dunia dengan amalan kelahiran semulanya. Agak kecut jugak hati nieyh bila nak pergi ke tempat-tempat begini.

Tempat ini senang nak cari, namanya Wat Promanee. Masuk-masuk sahaja, memang terkejut. Terdapat sembilan buah keranda yang bewarna merah jambu bersama emas disusun didalam Wat Promanee ini.

Agak takut dan pelbagai perasaan ada didalam pemikiran nieyh. Pernah tak tengok orang yang beratur nak beli tiket masuk Legoland atau Disneyland?? Ribuan orang kan?? Macam itu lah dekat sini.

Sesi kelahiran hendak bermula. Aku disuruh untuk tidur dalam keranda. KERANDA??? Gila kew apew?? Aku x pernah tengok orang yang hidup nak masuk dalam keranda. Tetapi aku masuk jew lah. Memang merudum darah aku. Macam-macam perasaan ada.

Kemudian, aku diberikan sejambak bunga. OH MY GOSH~ sebijik macam orang mati. Setelah itu, keranda aku ditutup dengan kain putih. Arh~ rasa nak menangis!! Aku rasa macam betul-betul mati. Dengan sami Buddha yang membaca mentera nya, telinga aku cuma mendengar mantera yang dibaca oleh sami itu. Pada mulanya, mereka kata proses ini hanya mengambil masa 2 minit, tetapi aku rasa sudah berbelas minit aku duduk dalam keranda ini. 

Akhirnya, kain keranda dibuka. Yes!! Aku akhirnya rasa hidup semula. Aku rasa seperti dilahirkan semula. Segar rasanya. Dan, aku rasa seperti aku mahu kehidupan yang baru selepas ini. 

Aku kembali pulang ke Singapore. Aku memulakan hidup baru. Membuka perniagaan SPA yang berkembang dengan sangat maju. Aku juga membuat pembedahan plastik untuk mengurangkang kedutan di muka dan ternyata ianya menjadi. Tuah amat mencurah2 kepada aku. Aku rasa aku manusia yang paling bertuah di atas muka bumi ini.

Aku berasa sungguh gembira. Beberapa bulan ini, dunia ini milik aku. Tetapi, aku baru sahaja tahu, bahawa aku dijangkiti barah. Barah payu dara. Kenapa aku?? Kenapa??? Aku rasa dunia ini jatuh dan aku seperti tidak lagi bermakna. 

Bagi aku, tiada istilah penghapusan dosa. Akulah yang menyebabkan sepasang suami isteri itu bercerai dan semua yang berlaku didunia ini adalah bergantung pada karma. Apa yang aku buat kepada orang, itu yang aku terima kembali.

-Sekian..

KLIK DISINI untuk situasi sebenar kejadian ini.. 

Bagi umat Islam, ajaran Allah itu sudah benar dan tidak perlu kamu tercari-cari apa yang munafik di muka bumi ini. Kerana mereka tergolong dari orang-orang yang rugi.







Anda rasa cerita ini OKAY atau TIDAK ??  <-- Sila klik..

5 comments:

  1. pernah baca jugak cter ny dlm buku tu..feel dy mmg seram

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tue lah. banyak benda yang aneh dalam dunia nieyh.. huhu

      Delete
  2. ingatkan mati hidup semula, umpama mulakan hidup baru lekan

    ReplyDelete