Latest Post

SYAFIQ MAULA

Wednesday, June 20, 2012

Menitis Ke Atas Sehelai Kertas

Masuk sahaja kelas hari ini, aku di basuh teruk giler ngan lecture aku. Nak buat macam mana, dah aku x tahu langsung tentang benda tue. Lecture tue cara mengajar memang tegas. Anyway, aku x kesah sebab dia ajar aku faham. Aku diasingkan kena duduk dekat belakang kelas, asing dari member2x aku yang laen sebab kitorang tak tahu nak buat benda tu. So, kitorang 4 orang kena duduk belakang kelas, sambil siapkan kuiz untuk dihantar.Agak sedih sebab aku memang tak tahu apa langsung.

Aku cuma tersenyum dan menahan rasa sakit dalam hati ini dengan wajah yang always senyum. Setelah siap, aku hantar kertas itu. Agak malu jugak larh, menjadi tumpuan sekelas. Tapi aku tabahkan diri. Bukan mudah untuk berjaya. Habsi sahaja kelas, aku menunggang motor pulang ke Sg Petani. Sememangnya aku ulang alik dari Kulim - SP setiap hari untuk ke kelas. Aku tidak duduk di rumah sewa sebab aku rasa hati aku masih berada pada kedua dua ibu bapaku.
Setibanya di rumah, aku memasang niat utk study. 
 
Yes, aku buktikan kepada diri aku sendiri, dari 9.00 malam sehingga 3 pagi ,aku study berselang-selikan mendengar lagu dan menonton desperate housewives pada jam 11.45 malam. Sememangnya cerita kegemaran aku dan tak kan ku lepaskan.Sambil study, aku mengingatkan diri aku kembali, "kau usaha, kau berjaya Syafiq.. jadi jangan give up". Setelah aku bertungkus lumus memahami bab yang aku masih tidak faham dan tidak tahu apa2x langsung, ke tiga-tiga bab dari 4 bab itu berjaya aku habiskan pada jam 2.00 pagi. Namun, ketika itu, aku betul2x x larat. Hampir habis sebotol besar 100 Plus aku minum untuk temankan aku berjaga, namun badan aku betul2x penat, dan aku tertidur. Didalam tidur, aku berdoa, agar bapa ku yang baru balik kerja pada jam 12.30 malam itu daripada kilangnya, agar tidak melayan bola pada haru itu sebab aku tertidur beserta kertas dan buku yang berselerak di hadapan ruang tamu.

Aku set jam untuk bangun pada jam 4.00 pagi, namun aku terbangun pada jam 5.00 pagi. Aku rasa aku digerakkan oleh malaikat yang menjaga tidurku. Aku terjaga dan tersenyum dan hati berkata "study2x".. aku dengan mata yang kabur dengan senyumnya utk study peergi membasuh muka dan meneruskan satu lagi bab yang terakhir. Hati aku rasa syukur sangat sbb ayah aku x kacau aku tidur untuk tengok bola. Namun, mata aku yang kabur itu tak perasan akan perubahan sekelilingku.

Habis sahaja study bab yang terakhir pada jam 5.50 pagi, aku terkejut melihat ayah ku mengangkat tv dari dapur rumah ku utk diletakkan kembali ke ruang tamu. Aku tergamam  sekejap, dan rasa sebak sangat didalam hati. Ayah aku sanggup berkorban sampai begitu sekali utk melihat anak dia berjaya. Sanggup dia mengangkat tv yang besar dan sememangnya berat yang aku sendiri tidak pernah angkat sorang2x dia utk tengok bola di dapur dari mengacau anak dia tertidur sekekap diatas buku agar dapat menjawab soalan peperiksaan yang dihadapi.

Sebelum aku bergerak ke Kulim, hujan tiba2x lebat diluar, mak aku kehairanan kerana tiba2x hujan selepas subuh. Namun, setelah sahaja aku bersiap dan bersedia menaiki kereta, hujan mulai berhenti dan saya memulakan perjalanan ke Kulim. Kali ini, bapaku menghantarkan aku ke Kulim, kerana ianya membahayakan aku jika aku menunggang motor ke Kulim.

Wahai ayahku, walaupun anakmu jatuh di landasan akhir, tapi bukan bermakna anakmu ini akan berjalan seperti orang lain. Anakmu ini akan berlari mengejar cita-citanya kerana ketika anakmu jatuh itu, dia mempelajari sesuatu.

"Tiada istilah NASIB BAIK dalam menghadapi kehidupan, usaha dan tawakal adalah penentu masa hadapan. Usaha itu adalah kejayaan."

Ketika menjawab test,  air mataku tiba-tiba mengalir menitis keatas kerta itu bila hati aku berkata "aku x tahu..". Aku mengelap air mata itu, dan terus menulis dan menulis. Sebenarnya aku tahu. Bila ikutkan hati yang mengatakan susah, segala benda tidak akan menjadi kenyataan. Alhamdulillah, aku berjaya menjawab dengan tenang.

Jadi, jangan sesekali mengatakan SUSAH kerana itu batu penghalang antara kejayaan. Usaha penentu segalanya..

5 comments:

  1. reaction: sweet sgt.. terharu la baca...

    ReplyDelete
  2. terharu baca coretan ni , huhuhu ..

    ReplyDelete
  3. be strong..i know u can :)
    man ja da wa ja da =.=

    ReplyDelete
  4. kalu nak study kita kena dok kat bilik lindungan raja...baru blh stdy...apa2 pun cerita pembakar semangat.

    ReplyDelete