Latest Post

SYAFIQ MAULA

Friday, June 08, 2012

Jelajah Janji Ditepati, Kulim, Kedah


8 JUN 2012

Janji Ditepati merupakan program kerajaan dimana ia menunjukkan bahawa segala janji-janji kerajaan demi kemudahan rakyat telah dilaksanakan.

Rakyat Kulim mengucapkan ribuan terima kasih kepada YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kerana memilih Kulim sebagai lokasi bagi “Jelajah Janji Ditepati”.

Pelbagai badan kerajaan mahupun bukan kerajaan terlibat bagi menjayakan ‘Jelajah Janji Ditepati” ini. Antaranya Jab. Bomba Dan Penyelamat, Angkatan Tentera Malaysia, rangkaian Media Prima seperti Hotfm, Bananana, Wanita Hari Ini, 8tv dan banyak lagi.

Program yang berlangsung dari pukul 9.00 pagi ini menarik ramai mengunjung dari merata tempat seperti “pelatih-pelatih PLKN”, “pelajar institusi-instusi awam dan swasta”, badan-badan kerajaan, dan semua penduduk Kulim. Ramai juga pengunjung adalah dari Sg Petani, Perak, Pulau Pinang, mahupun Alor Setar.

Pada Jam 3.00 petang, saat-saat yang ditunggu sungguh meriah dengan ketibaan Perdana Menteri kita. Setelah bersolat Jumaat di masjid berhampiran SMK Air Merah, Kulim, beliau diiringi dengan konvo ke Padang Hi-tech Kulim untuk merasmikan majlis.

Pelbagai barangan 1 malaysia yang dijual disini pada harga yang amat berpatutan yang tidak boleh dilepaskan oleh para pengunjung. Pengunjung pasti tertarik akan harga yang ditawarkan oleh Kedai Rakyat 1 Malaysia.

Saya SYAFIQ MAULA melaporkan dari Padang Hi-Tech Kulim, Kedah.

4 comments:

  1. salam , blog walking here & done followed . jemput singgah & follow blog saya . hehe . salam perkenalan :) http://duniahatisaya.blogspot.com/

    ReplyDelete