Latest Post

SYAFIQ MAULA

Saturday, November 19, 2011

Mungkin ini kali terakhir kita menikmati keindahan alam..

Kenangan Indah Pembimbing Rakan Siswa Sesi June 2011 Mendaki Gunung Bintang
Indah sungguh suasana dan pengalaman kita semasa mendaki Gunung Bintang tempoh hari. Buat yang kali pertama, itu mesti pengalaman yang indah. 


Buat yang kali ke-2 atau kali ke berapa sekali pown, itu merupakan pengalaman yang sgt indah bersama sahabat2x ketika mendaki. Susah senang kita bersama, namun, itu bukan yang SYAFIQ MAULA ingin ketengahkan. Tetapi buat pembaca sekalian, mungkin itu kali pertama dan mungkin kali terakhir anda menaiki Gunung Bintang tersebut. Kerana apa?



Mungkin ini bakal berlaku kepada hutan yang kita berteduh sebelum ini..

Laluan yang sedahulunya sempit kini bertukar menjadi  sebuah dataran yg luas
Pendapatan negeri Kedah majoritinya dimanopoli oleh penebangan balak. Hasil tebangan dimasukkan ke dalam hasil negeri sebagai dana untuk pembanggunan negeri. 


Samada itu penebangan halal or haram, itu terpulang kepada pemimpin. Tetapi apa yang mendukacitakan disini, Gunung Bintang yang anda hiking before this tersenarai sebagai kawasan penebangan balak. Mungkin dalam masa 1-2 tahun lagi, tiada lagi laluan untuk anda hiking, malah mungkin gunung tersebut akan diratakan untuk tujuan pembanggunan. Tiada lagi hutan yang hijau, tiada lagi air terjun yang kita mandi sama-sama ketika di puncak sana. 


 Kenangan hanya tersemat didalam gambar dan didalam ingatan. Namun, kita tiada bukti untuk diceritakan kepada anak cucu kita, akan kewujudan alam ciptaan tuhan itu.


 Kemanakah semua kehidupan didalam hutan akan berhijrah selepas ini?.. Adakah mereka juga merenung nasib, kemanakah harus mereka tujui selepas ini? Cintai alam kita.. Bumi semakin panas kerana penebangan yang berluas-luasa. Mungkin sebelum ini kita tidak nampak, sebab itu kita tidak peduli, dan sekarang ini benda berlaku dihadapan mata, patutkah kita cuma pandang dan berdiam sahaja? Renung2x kan lah.. Cintai alam kita.. 

1 comment: