Latest Post

SYAFIQ MAULA

Sunday, August 21, 2011

Bulan Puasa.. menguji kesabaranku..

Ramadhan kali ini, betul2x menguji keimananku. Seperti selalu, hadirnya bulan puasa, akan ku mengimpikan kenangan-kenangan manis bersama kawan-kawan, berbuka puasa sekali, terawikh sekali, bersahur sekali, semuanya indah2x.. Tiada satu pun keburukan yang aku minta untuk berlaku di bulan Ramadhan. Tetapi, dari apa yg dilalui, aku tiba-tiba berasa sedih, kerana dugaan yang menerima rakan-rakan seperjuanganku, adalah sesuatu yang amat mencabar keperibadian setiap manusia. Aku dikejutkan dengan tingkahlaku dan masalah penghuni blok V4.


 Tidak ku sangka, diberi muka, begini balasannya. Sudahlah baru sahaja memulakan pengajian di politeknik, baru semester 1, sudah pandai melawan percakapan ajk. Sudah pandai tidak turun ke pusat islam. Sudah pandai mahu bergaduh dengan ajk. Agak terkelu disitu. Mengapa sebelum-sebelum ini okay shj, tetapi tiba sahaja pelajar2x baru semester ini, sudah pandai melawan ajk2x. Apabila diberi muka, peraturan susah diikut, lari dari blok jika ada gotong royong dsb. Jika dididik dengan ketegasan, oleh ketua blok, tahu pulak mahu melenting, maki-memaki. Sedih hari tu dengar budak sem 1 memaki hamun ajk2x blok. Padahal ajk lebih tua dari budak2x tue.. Nauzubillah, sikap apa kah itu.. Ada satu perkara yang membuat syafiq maula sedih. Hampir berlinang air mata ini. Apabila pagi tadi, melihat kasut yg dijemur di luar bilik sudah tiada sebelah. Bukan kasut SYAFIQ MAULA sahaja, kasut Ferdaus Aziz pown sama. Pada mulanya, agak marah, terkejut, semua ada.. Tetapi, selepas membaca Yassin sebentar tadi, redha sikit hati ini. Hendakku sampaikan kisah sedihku kepada Allah, tetapi jauh sungguh hubungan ku dengan Allah.


 Hanya YAssin yang dibaca bersama niat di hati sahaja lah dapat menunjukkan rasa kesedihan aku ini. Ku tujukan agar pengambil kasut ku itu lembut hatinya untuk berubah. Dan juga ditujukan kepada penghuni2x blok agar lembut hati mereka itu. Sekali berusaha mungkin susah, harap2x lepas ini akan ku teruskan hari demi hari, semoga Allah sahaja yg membuka pintu hati mereka dan melembutkan hati mereka. mungkin aku terlampau sedih, sebab itu merupakan kasut kesayangan aku. Kasut yang aku beli menggunakan duit pinjaman aku, dan kasut itu jugalah kasut yg paling mahal pernah aku beli walaupun harganya tidak mencecah RM100. Sedih memang sedih. 


Hanya tuhan yang tahu betapa sedihnya hati aku ketika ini. Tetapi, aku cuma redha, dan akan ku simpan kasutku yang sebelah lagi untuk dijadikan kenangan. Barang yang hilang, mungkin dapat digantikan dengan baru, namun, perbuatan dan tingkah laku yang dilakukan oleh adik2x yang tinggal di V4 akan sentiasa teringat dihati. Walaupun ianya pahit, tapi terpaksa juga ku telan walaupun penuh dengan kepayahan dan keperitan. ~Semoga Allah melembutkan harti adik2x ku sekalian walaupun mereka membenci ku, menghinaku, mencaci maki ku, kerana mereka masih muda, mungkin bukan salah mereka~

1 comment: