Latest Post

SYAFIQ MAULA

Sunday, April 17, 2011

Walaupun ku susah, namun ku sedar diriku siapa..

Setiap hari, aku akan driving dari penang ke Sp, then Sp ke Penang mengambil jarak dalam 40 ++ kilometer lar.. So, setiap hari, memang akan ku naik motor Kriss aku dan berulang alik dari rumah dan tempat kerja. 


Tetapi, sungguh malang nasibku, kerana sejak akhir-akhir ini, family aku dibebankan dengan masalah dari motor ku, kerana motor ku selalu buat hal, dan kos repair sehingga kali terakhir aku repair hampir mencecah Rm1k!! Memang susah gak lar, then, baru2x niey, rosak lagi motor tue!


 Mungkin motor tu tak boleh tahan perjalanan jarak jauh kot. Made in Malaysia.. Huhu.. Sedih r cam niey.So, family aku pon dah x de duit dah nak bagi untuk repair motor tue, then decide x payah repair jer lah. so, aku naik lah motor buruk EX5 bapak aku ke tempat kerja. It's okay, aku x kesah sgt sbb kadang2x benda macam ni yang mengajar kita untuk merendahkan diri seperti mutiara dilautan. Namun, aku memang sedih. Sebab ada saudara mara yang perli , "kenapa x jual jer kat besi buruk motor tue," dan ada jugak mengatakan "lar.. x jual lagi kew motor tue?".


 Ish2x.. senang betul korang cakap. Jual beli motor dah macam nak beli gula or biskut marie dari kedai runcit jer. Huhu.. Korang tahu x betapa susah aku nak dapat motor tue? Huhu Seriusly, aku bukan dari golongan yang senang. So, nak dapat satu-satu benda tu memang susah. Sebab pendapatan bapa ku bukannya tinggi sangat , sebab kerja dekat kilang jer , sebagai kuli orang jer. Mak aku pulak, mengasuh anak orang, untuk dijadikan pedapatan sampingan, sebab kalau nak diikutkan, memang tak tertanggung belanja harian kalau nak harapkan bapak aku sahaja. 


So, aku hidup, dengan apa yang ada. Dan redha dengan apa yang ada. Sebab itulah, aku agak "susah" sikit nak simpan perasaan "mengidam" seperti member2x aku yang lain. For example, owh, Xperia, cantik!! or, Blackberry... haha.. X kisah lar brand apew pown. Aku just akan puji benda tu cantik or best then, aku x kan simpan dalam hati untuk mengidam benda tue. Sebab kalau aku mengidam, aku akan kerjakan sampai aku dapat benda tue. Padahal, benda tu x lah berapa benefit pown dekat aku. So, better aku just watch and do nothing. Dari segi pakaian pulak, memang aku cepat mengidam sikit. Haha, makluumlah, aku x tahu napew.. Huhu.


 Tapi, jenis aku senang, kalau aku nampak baju tu cantik, aku akan beli kalau aku ada duit yang mencukupi dalam dompet aku. Kalaulah aku nampak baju tu cantik, then aku x dew duit dalam wallet, aku x kan cash-out dari atm duit aku or even guna card untuk beli baju tu. Sebab bagi aku, (my prinsip maybe) kalau duit dalam wallet cukup, baju tu cantik = baju itu memang sesuai untuk anda!! Jika lah baju itu cantik + cash dalam wallet x cuukup = maybe baju itu kurang sesuai dengan anda.


 Al-maklumlah , bukan semua baju yang cantik sesuai dengan kita. bak pepatah melayu, ukur baju dibadan sendiri. Anyway, aku belajar something yang baru sepanjang L.I. ini, dan mungkin akan ku praktikkan sampai bila2x.. Walaupun kita tidak berharta didunia, biarlah ilmu penuh didada. Orang mungkin mengejek dan memperlekeh kita kerana kemiskinan kita, namun jika ilmu penuh didada, dunia pun mampu digegarkan. 


Seperti idola umat Islam, seorang pemimpin yang agung, Rasullullah S.A.W., adakah beliau seorang pemimpin yang mengejar kekayaan dan kuasa? Adakah beliau mempunyai harta yang berjuta2x untuk diwariskan kepada anak2x nya? Jawapannya, sama sekali tidak. renung2x kan lah.. 



akan firman Allah dalam surah Ali Imran ayat 190-191. 
      إِنَّ فِي خَلْقِ ٱلسَّمَاوَاتِ وَٱلأَرْضِ وَٱخْتِلاَفِ ٱلْلَّيْلِ وَٱلنَّهَارِ لآيَاتٍ لأُوْلِي ٱلأَلْبَابِ
" Sesungguhnya dalam kejadian langit dan bumi serta silih bergantinya malam dan siang ada tanda-tanda [yang menunjukkan Maha mengetahuiNya dan Maha berkuasaNya Tuhan] pada mereka yang berakal tinggi (ulil-albab)"

Tuntutlah ilmu sehingga malaikat hadir disisimu untuk mencabut nyawamu..

No comments:

Post a Comment