Latest Post

SYAFIQ MAULA

Thursday, April 28, 2011

Pengalaman L.I. ku Episode 2 : When the Swan turn to ugly..

Assalamualaikum, selamat kembali ke kisah latihan industri bahagian ke-2. Kali ini mengisahkan tentang rambut. Mungkin benda macam ni dianggap leceh bagi sesetengah orang, dan tambahan pula apabila isu rambut dikaitkan dengan lelaki, tetapi, ini yang Syafiq Maula akan ceritakan.


Sebelum ini, start jer l.i., syafiq maula memang dah kumpul rambut panjang giler r.. Then, oleh sebab dah panjang, syafiq maula pown rebonding r.. haha. Nampak jambu + semart lar kononya.. haha Tapi x kesah r, nak cantik punya pasal, rambut nak kena jaga elok2x pown x apa. Pergi jer tempat kerja, ramai org duk main2x rambut, haha jelez r tue. Bila orang tanya buat berapa , aku akan kata RM150. Haha, padahal x sampai pown.. hehe So, ramai budak2x lelaki kerja kat situ + some of the metrosexual guys especially chinese banyyak yang tengok menjeling jugak r. So, aku suka benda tue, kemana jer aku pergi, orang akan tengok sambil menjeling-jeling. Haha 

Aku suka kelihatan kacak. Semua orang nak bercakap ngan kita. Semua orang akan sikit2x sembang, kaitkan nama kita, haha, x cukup mulut nak melayan. Hehe, namun, sebulan l.i. terakhir, sebelum masuk poli, aku buat keputusan untuk gunting rambut. Dan ternyata sekali, pilihan yang aku buat ini - mengajar aku apabila aku berada di tempat orang lain.

Sebelum ini, aku suka melayan lagu2x yang banyak memuji diri sendiri, for example , Lady Gaga - Born This Way, Keri Hilson, Dont hate me cause i'm beautiful (pretty girl rock) , dan banyak lagi. Namun, kini tidak lagi, sebab aku rasa lagu itu tidak sesuai. OMG! Lagu apa yg sesuai utk ku? Tiada apa2x yg sesuai.. semuanya cantik, namun - aku hodoh.. huhu Aku cuba tabahkan diri, lapangkan dada, berjalan Edit HTMLdihadapan orang ramai sambil memantapkan dada, jalan dengan gerakan yg tersusun, namun- org hanya urm.. seriously, you are ugly. Then, aku gak terasa jugak lar, namun aku tetap okay. Biase lah, aku try mainkan lagu yang aku minat dulu dan cuba menyanyi bersama, tetapi syg sekali, itu memang tidak boleh. Aku berasa hampa sangat. dua tiga orang jugak cakap benda yg sama, namun - oleh sebab perangai aku yang agak kurang ajar di kilang tersebut, (dkt kilang tiu jer lar..) aku balas balik diorang ngan maki-makian, kerana aku mempertahankan maruah aku. 

Aku memang sedih. Tak tahu nak buat macam mana. Dan, ade abang sorang niey, hafiz namanya. Dia ni banyak mengajar aku tentang selok belok modelling niey, sbb dia photographer, dia pon macam kurang bercakap ngan aku. Memang aku sedih.. Dan, dia try bercakap ngan aku, mungkin dia cuba mengorek rahsia dari aku, mengapa aku potong rambut.. "Syafiq, ko dye rambut yer??Sbb tu ko potong rambut kan??" Then, aku x tahu nak cakap macam mana. Aku hanya boleh cakap, yang aku memang potong rambut tanpa sebab.

 Huhu. Sedih lar mcm niey. Rasa hina sangat. X tahu kenapa. Padahal, just isu tentang rambut jer pown. Besar SANGAT  kew masalah tue. Huhu. Tapi, yang aku sedih, erm.. x tahu kenapa, sebab aku adew seorang kawan, namanya Tett!! .. Dia dulu rambut pown cam biase jer, 1 jer gaya dia sepanjang sem. Tapi, dia ade keluar ngan aku ke mall. Waktu tu memang alhamdulillah aku pakai sweater yang ade hood. Kenapa? Sebab aku masuk sebuah kedai niey, then lepas tgk2x barang, dia tgk aku, dan kata "syafiq, hodohnyer kau.." 

OMG!! hodoh giler kew aku?? Aku tergamam waktu tue.. x tahu nak cakap mcm mana.. Dalam hati aku memang menagis. Tapi muke kena buat happy jer.. x kan nak buat sedih kot, sebab aku yg ajak dia keluar. (1st time lepas gunting rambut). Tapi, aku terus menahan. Keluar jer kedai, aku terus pakai hoodie aku. Memang emo giler aku waktu tue. Dalam hati, ada terfikir, "beginikah kawan yg patut aku berkawan?" aku memang terdiam.. Cuma mulut aku asyik bercakap benda yg bukan2x seperti mahal x baju niey.. lepas niey nak gi manew? Eii... cantiknyer baju niey.. 

Tuhan sahaja yang tahu. Sebelum niey, kalau aku masuk butik, aku lah orang paling happy dalam dunia, bagaikan kanak2x dalam kilang gula2x.. Aku akan pegang , rasa, mungkin termenjerit kalo nampak ade design yg cantik2x.. tapi, kali niey, aku masuk ke butik baju, namun, aku bagai x adew perasaan. Aku cuba bertanyakan harga, namun, aku mmg x boley nak merenung tepat ke mata sesiapa. Termasuklah member aku sendiri. Jika aku hendak berbicara, aku akan pandang ke tempat lain sambil berkata2x kepada dia. Bukan apa, aku terlampau sedih. 

Tiba2x, aku nampak cermin, walaupun sekejap, aku sempat melihat diri aku dari atas sehingga ke bawah diddalam cermin tersebut. Aku tengok dari bawah kasut ke baju, semuanya cantik, apabila aku tengok muka aku sendiri, aku melihat ke dalam mata aku sendiri, aku berasa kasihan sangat.. Mengapa sampai hati ada orang buat kepada kau sebegini..? Sungguh layu dan tidak bermaya sungguh mata itu. Itulah mata yang aku lihat, yang aku rasa kasihan yang amat bangat. Siapalah mereka sehingga sanggup menghina kau sebegitu? Wahai mata yang sedih didalam cermin, sabarlah kau, sesungguhnya mereka lebih mulia, lebih indah, lebih berbudi pekerti daripada kau.

 Semua ini hanya ujian semata2x bagi kau, sabarlah wahai mata yang sayu didalam cermin. Air mata ini berlinangan melihat kau kesedihan. Wahai mata yang sayu didalam cermin, walaupun hatimu tidak kuat seperti mereka, namun berdirilah kamu seorang diri, tanpa membebani yang lain, tanpa meminta2x dari yang lain, sesusah-susah kamu, hanya kamu yang tahu, sesenang2x kamu, jangan lupa ketika kamu susah. Wahai mata yang sayu didalam cermin, sesungguhnya kau lelak yang tabah, dan gagah, kerana ku melihat kau berdiri dan tidak jatuh walaupun makian dan cacian terhadap kau menebali muka mu yang sedih itu. ~Semoga Allah faham isi hatiku ~

4 comments:

  1. stiap kejadian Allah itu cantik dan indah
    maka bersyukurlah :)

    ReplyDelete
  2. kau LI dgn private company ke? kalau LI dgn gov blh x rambut panjang bg lelaki?

    ReplyDelete