Latest Post

SYAFIQ MAULA

Monday, April 18, 2011

Maafkan aku, kerana kedaifan ku..

Jika diungkapkan perkataan cinta, mesti banyak persoalannya. Apabila dihuraikan, pelbagai tanggapan mengenainya. Ada yang bercinta kerana harta dan rupa. Ada pula yang bercinta kerana rasa kasih dan sayangnya. 




Tetapi, bagi ku, memang aku masih mencari2x apa erti cinta yang sebenar. Aku pernah mencintai sebelum ini. Namun, ia nya hanya sia-sia. Masuk sahaja di IPT, aku berhenti untuk mencintai, kerana ku tahu, jawapan akhirnya adalah membuang masa dan sia-sia sahaja apa yang di korbankan.


 Namun, erti cinta itu tidak jatuh kepada ku, tetapi insan yang mencintai kita. Aku pelik, mengapa kau mencintai ku.. Sedangkan ku tahu, aku bukalah rupawan, mahupun jutawan. Tiada apa-apa yang istimewa tentang diriku ini. Namun, kau mengaku kau mencintaiku. 


Tetapi, sayang sekali, perhubungan kita cuma sementara. Maaf akan perbuatan ku ini kerana membiarkan cintamu bertepuk sebelah tangan. Aku bukan apa, kau terlalu cantik buatku. Terlalu indah, sehingga aku takut untuk menjaga mu kerana ku takut apa2x yang kau impikan daripada ku tidak akan kau kecapi, dan bakal mengecewakanmu. Itu yang aku takutkan. Dan, setiap kali kau bersembang dengan jejaka2x lain, aku akan cepat rasa cemburu. 


Tambahan pula jika lain suka menganggu kamu kerana dirimu yang comel itu, semestinya aku berasa tersangat cemburu kepada mu. Mungkin aku cuma tersenyum dan tidak berkata apa2x, namun, didalam hatiku ini, hanya menerima apa yang adanya, kerana aku bukanlah seorang yang sempurna yang boleh menyekat kebebasan kamu untuk berkawan. 


Maafkan aku jika aku tidak mengendahkan kamu sebelum ini, bukan kerana ku sombong, tapi aku cuma mahukan kamu tidak menyimpan apa2x perasaan terhadap diriku. Aku tak kisah jika kau membenci diriku, tetapi, jangan menaruh perasaan kepadaku, kerana hatiku ini tidak setanding untuk wanita yang cantik seperti bidadari seperti kamu.. 


Harap dikau tidak membenci aku yang daif ini.. Kerana hatiku bukan seperti hati yang dimiliki oleh jejaka-jejaka lain yang mudah untuk menerima erti cinta.. Maafkan aku...

11 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. lalalalal !
    putus cinta bang ?
    haha

    ReplyDelete
  3. kamu sgt sweet. tak ramai mcm ni . *eh komen saya mcm tak masuk tajuk je? hahaha

    ReplyDelete
  4. owang ngah jiwang sakan dia boleh komen cam tu.. siampati la sikit.. bukan selalu kawan aku nak jiwang ni...

    ReplyDelete
  5. sangat menyentuh perasaan....but best your written..

    ReplyDelete
  6. waaaa....sweet gila.....hahahhahaha...mcm ada kena mengena ngan saya je...adehhhh

    ReplyDelete
  7. Hehe.. x de lar.. x berkenaan dengan yang hidup dan mati.. huhu

    ReplyDelete